Tuesday 29 November 2011

LOMPAT JAUH

LOMPAT JAUH

 Prinsip – Prinsip Asas
Tujuan utama dalam lompat jauh adalah untuk mencapai jarak lompatan maksimummengikut peraturan yang telah ditetapkan. Jarak ini dapat dicapai dengan melalukanlarian pantas serta lonjakan yang kuat dan tinggi. Selain itu, kelenturan badan sertadaya koordinasi yang baik perlu untuk menghasilkan lompatan yang baik dan berkesan.
Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat dapat mempengaruhi jangka masapelompat semasa berada di udara. Kedua-dua fasa lompatan ini dapat tmengakibatkan pelompat bergerak mengikut ketentuan lompatan yang dikehendaki .Gaya badan semasa di fasa layangan adalah untuk mengimbangi badan serta membolehkan pelompat membuat persediaan untuk mendarat dengan baik. Bagi yang baru mempelajari lompat jauh, gaya layar adalah sesuai digunakan untuk melakukan jarak lompatan yang dekat dan fasa layangan yang singkat. Gaya layer adalah mudah dipelajari tetapi lompatan gaya ini tidak mampu menghasilkan lompatan yang jauh.













Rajah 1 : Ruang dan kelengkapan acara lompat jauh



Gaya Lompatan
Terdapat tiga gaya lompatan iaitu
i)             Gaya layar
ii)            Gaya gantung
iii)           Gaya tendang kayuh
Perbezaan di antara lompatan tersebut adalah gaya kedudukan badan semasa pelompat berada di peringkat layangan. Tetapi fasa fasa yang terdapat pada semua teknik adalah hampir sama.

Fasa Lompat jauh
Terdapat empat fasa pergerakan iaitu
i)             Fasa lari landas – lari menuju ke papan lonjak
ii)            Fasa lonjakan – melompat dari papan
iii)           Fasa layangan – badan brada di udara
iv)           Fasa pendaratan – sentuhan badan dengan tempat mendarat.


Teknik Lompatan

Terdapat empat aspek penting yang harus ditekankan dalam lompat jauh iaitu
kelajuan larian, pelepasan lompatan, lompatan di udara dan pendaratan.

i.Kelajuan larian
Kelajuan lompatan adalah penting untuk menghasilkan daya lompatanyang kuat dan jauh. Kelajuan larian secara mendatar yang stabil akanmembantu pergerakan menegak yang kuat semasa lompatan dilakukan. Dalam menghasilkan larian mendatar dan menegak,konsentrasi dan ketepatan adalah penting. Kebiasaannya, pelompatmelakukan larian yang mempunyai 18 hingga 22 langkah atau jarak diantara 25 hingga 40 meter. Bagi mendapatkan ketepatan, check markdilakukan sebelum membuat lompatan bagi memudahkan pelompatuntuk membuat larian mula dengan papan pelepas. Terdapat duakaedah untuk melakukan check mark iaitu kaedah pertama pelompat perlu mencari konsentrasi melalui larian yang berulang-ulang dan menandakan titik yang paling sesuai. Manakala kaedah kedua ialah mencari konsentrasi melalui larian dari papan pelepas tetapi kurang sesuai jika tiupan angin yang terlalu kuat.




  
Rajah 2 : Teknik membuat check mark


ii) Pelepasan lompatan
Ia penting dalam menentukan pencapaian momentum menegakmaksimum dan dalam melakukan lompatan yang berkesan. Kelajuanlarian dan daya konsistensi yang sesuai dapat membantu menghasilkanpelepasan yang baik dalam lompatan. Dianggarkan pelompat hanyaberada selama 0.11 saat pada tahap pelepasan lompatan ini tetapi iapenting dalam menentukan daya lompatan yang baik atau lompatanyang batal. Melalui pemerhatian corak dan teknik yang dilakukan olehjaguh-jaguh peringkat antarabangsa, teknik pelepasan lompatan berikutadalah disarankan iaitu:
• Pelompat perlu ada konsentrasi yang tinggi pada tahap pelepasan lompatan
 Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari atas   
 ke bawah dan pada kaki sudut hentian perlu diubah.
• Bahu dan dada di angkat keatas untuk membantu dalam
  membuat pelepasan



















Rajah 3 : Membuat pelepasan lompatan



iii) Lompatan di udara
Semasa pelepasan lompatan dilakukan, momentum menegak mulamengambil tempat pada pelompat. Daya pergerakan menegak inidikurangkan akibat daripada sudut hentian yang berlaku di awalpelepasan. Pergerakan menegak ini juga dikurangkan oleh daya gravitiiaitu pusat graviti semasa di udara adalah pada badan pelompat.Terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh pelompatsemasa berada di udara, iaitu:




i) Pergerakan berlayar






Rajah 3.1 : Pergerakan berlayar





ii) Peergerakan mengayuh

Rajah 3.2 : Pergerakan mengayuh




iii) Pergerakan ayunan punggung



Rajah 3.3 : Pergerakan ayunan punggung




Daripada ketiga-tiga jenis pergerakan ini pergerakan mengayuh adalah paling licin dan banyak digunakan dalam lompat jauh pada peringkat antarabangsa.


 iv ) Pendaratan
Dalam menentukan jarak pencapaian yang maksimum, aspekpendaratan memainkan peranan penting. Pergerakan yang sesuaimampu menghasilkan jarak yang maksimum dan dapat mengelakkangangguan pada momentum menegak. Teknik pendaratan yang sesuaidigunakan adalahjack-knifing. Teknik ini dapat mengimbangkanpergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan. Iadilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagianhadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompatakan dipindahkan ke bahagian kaki dan tangan.






Rajah 4 : Mendarat








2 comments:

  1. saya suka sangat blog nie tq...

    http://anakkhas.blogspot.com
    http://upsiedu.blogspot.com
    http://bloganakkhas.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. ur welcomke.. tq sebab follow

    ReplyDelete