Tuesday 29 November 2011

KECERGASAN FIZIKAL

KECERGASAN FIZIKAL





KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KESIHATAN

i)Komposisi Badan
Kadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu- tisu lain yang membentuk tubuh.Individu yang cergas mempunyai peratus kandungan lemak yang rendah, berkadar dengan berat badan dan ketinggian.

ii)Fleksibiliti
Fleksibiliti membenarkan sendi atau sendi-sendi bergerak dengan licin dengan rintangan yang minimum. Fleksibiliti dirujuk kepada julat pergerakan sendi

iiI)Daya Tahan Kardiovaskular
Keupayaan sistem kardiorespiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangka masayang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana.

iv) Kekuatan otot
Keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja)

v) Daya tahan otot
Keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangka masa yang lama dengan intensiti kerja yang ringanatau sederhana.

Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kemahiran Motor

i) Ketangkasan
Keupayaan untuk mengubah arah pergerakan badan dengan pantas dan tepat.

ii) Kuasa
Keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara eksplosif. Kuasa dirujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan.

iii) Imbangan
Keupayaan untuk mengekalkan kedudukan badan dengan teguh sama ada semasa melakukan pergerakan (dinamik) atau semasa pegun (statik).

iv) Masa reaksi
Masa yang diambil oleh seseorang untuk bertindak setelah menerima ransangan untuk berbuat demikian.

v) Kelajuan
Keupayaan untuk melakukan pergerakan dalam masa singkat. Kelajuab dirujuk kepada jarak pergerakan yang dicapai dalam satu jangka masa yang diberi.

vi)Koordinasi
Kebolehan menyelaras dan menyeragamkan pergerakan anggota badan untuk menghasilkan sesuatu tindakan tertentu.


No comments:

Post a Comment