Tuesday 29 November 2011

OLAHRAGA

OLAHRAGA

TEKNIK LARIAN PECUT

Fasa Sebelum Larian
Ø  Kedudukan blok mestilah betul diatas trak.
Ø  Jarak antara blok dan garisan permulaan mestilah betul.
Ø  Blok kaki hendaklah pada sudut yang betul.
Ø  Blok diletakkan dengan kemas diats trak.
Ø  Bertenang dan fokus pada perlumbaan

Kegarisan

Ø  Kedudukan kaki hendaklah berada pada keadaan yang betul diatas blok.
Ø  Kedudukan jari berada dibelakang garisan permulaan.
Ø  Jari dibuka dan menyentuh trak.
Ø  Jarak antara dua tangan hendaklah luas sedikit daripada bukaandada.
Ø  Belakang bahu mestilah secancang dengan tangan.
Ø  Tangan diluruskan tetapi jangan mengunci siku
Ø  Kedudukan kepala, leher dan tulang belakang hendaklah selari.
Ø  Fokus pada trak (1 atau 2 meter dihadapan).
Ø  Bernafas dengan tenang.
Ø  Otot muka dan leher dalam keadaan rileks
 












Sedia

Ø Tahan nafas
Ø  Pinggul diangkat secara perlahan hingga lebih tinggi dari bahu
Ø  Kepala dan leher sebaris dengan tulang belakang. 
Ø  Mata fokus pada trak 1 atau 2 meter dihadapan.
Ø  Bahu pada kedudukan tegak dengan tangan.
Ø  Sudut lutut kaki hadapan hendaklah 90 darjah.
Ø  Sudut lutut kaki belakang  hendaklah 120 darjah.
Ø  Kaki menolak blok kebelakang dengan kuat


 





Mula

Ø  Menujah.
Ø  Hayun tangan dengan kuat dan pantas.
Ø  Tujah  kebelakang hingga kaki belakang lurus.
Ø  Kedudukan badan hendaklah bersudut 45 hingga 60 darjah daritrak. Imbankan badan agar berlari pada lorong yang betul.
Ø  Fokus pada trak 2 hingga 3 meter kehadapan.
Ø  Badan direndahkan, bertenang sambil menghayun.
Ø  Belari dengan meninggalkan blok. Jangan berjalan atau melompatdaripada blok
 













Fasa Memecut

Ø  Mata fokus pada trak agar badan condong untuk meningkatkan kelajuan.
Ø  Apabila badan dalam keadaan condong, kepala, leher dan tulangbelakang sebaris dengan kaki belakang.
Ø  Otot muka dan kaki dalam keadaan rileks.
Ø  Bahu dibuka luas kebelakang dan pastikan badan sentiasa beradaditengah lorong setiap masa.
Ø  Hayunkan lengan kedepan dan kebelakang dengan lancar. Semasamenghayunkan tangan, siku handaklah sentiasa pada sudut 90 darjah.Hayun setinggi dan selaju yang boleh.
Ø  Tangan dalam keadaan rileks dengan semua jari diluruskan
Ø  Bukaan langkah hendaklah luas sambil kaki belakang menujah trakdengan kuat dengan menggunakan hujung jari kaki. Semasa berlari, tumithendaklah mencecah punggung , lutut diangkat dengan tinggi.


Fasa Melangkah

Ø  Peralihan yang lancar antara fasa memecut dan fasa melangkah.
Ø  Mata fokus kepada garisan penamat.
Ø  Kepala sebaris dengan tulang belakang.
Ø  Muka dan mulut dalam keadaan tenang dan rileks
Ø  Dagu diturunkan



MULAAN LARIAN

Ada 2 teknik mulaan dalam acara ini
.1. Gaya berdiri
2. Gaya dekam

Mulaan Gaya Berdiri

Ø  Kaki hadapan diletakkan seberapa dekat yang boleh dengan titk atau garisan mula.
Ø  Bengkokkan sedikit kaki hadapan.
Ø  Berat badan ketika membuat persedian hendaklah terasa seperti telahterkumpul di kaki hadapan.
Ø  Condongkan badan kehadapan sedikit.
Ø  Tangan hendaklah bersedia untuk bergerak.
Ø  Apabila mula berlari kaki hadapan hendaklah menolak keseluruhan bahagian badan dengan kuat.
Ø  Semasa berlari, larian hendaklah lurus dan memandang tepat ke arah hadapan


Mulaan Gaya Dekam

Ada 3 jenis gaya dekam iaitu gaya peluru, gaya sederhana, dan gaya panjang.
  1. Gaya Peluru
Ø  Kedua-dua belah kaki peserta dirapatkan.
Ø  Hujung kaki belakangditempatkan selari dengan bahagian tumit kaki hadapan
.2. Gaya SederhanaLutut kaki belakang selari dengan hujung kaki hadapan
.3. Gaya PanjangSelesa bagi peserta – peserta tinggi iaitu lutut kaki belakang  
       adalah selari dengan bahagian tumit kaki hadapan

Sesuatu gaya itu dipengaruhi beberapa faktor
v  Bentuk badan peserta (tinggi/rendah)
v Masa tindak balas peserta
v  Kekuatan kaki.
v  Koordinasi yang cekap

No comments:

Post a Comment