Tuesday 20 December 2011

Khasiat Minum Air Kosong


Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat. Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
1   Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberusgigi.
2.  Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
3.  Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
4.  Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan
     atau minum untuk tempoh dua jam.
5. Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas sekali gus diperingkat  
    permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara
    berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.